Penulis

Saya menulis kerana saya rasa seronok bila dapat berkongsi sesuatu yang baik. Saya rasa semua orang pun begitu.

Dan inilah cara saya dapat memberi kepada semua orang. Blog ini adalah mencerminkan bidang yang saya minati. Ia mewakili diri saya.

Saya percaya bahawa semua perkara yang baik harus dikongsi dengan dunia..

Blog ini lebih kepada hal peribadi, dan perkongsian ilmu dan pengalaman saya. Saya harap ia juga berguna untuk semua orang yang membacanya.

Mungkin blog ini bercampur dengan post kehidupan peribadi saya, tetapi itulah hakikat kehidupan. — Bukan setiap masa kita bercakap mengenai kerja, kan? 🙂

Saya cuba lakukan apa yang terbaik untuk menulis perkongsian, ilmu dan pengalaman saya disepanjang kehidupan ini.

Tegurlah saya jika terdapat kesalahan, saya sentiasa ingin diperbetulkan dan sedia diberi tunjuk ajar. Mohon.

Saya sedar dunia ini luas, lebih luas daripada pandangan saya terhadap dunia itu sendiri.

There’s always room for a new idea, a new step… a new beginning.

Jika artikel di dalam blog ini memberi manfaat kepada anda, saya sangat gembira mengetahuinya.